Review Buku:Zero Hutang

Aku berjaya membaca keseluruhan buku Zero Hutang karya Mohd Zulkifli Shafie. Sebagai permulaannya aku cuba-cuba untuk mengumpul minat tentang ilmu-ilmu kewangan dengan mencari buku yang berkaitan, dan aku terdetik tentang hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang aku terpaksa langsaikan apabila tamat pengajian tidak lama lagi. Jadi dalam mencari tajuk buku berkaitan hutang, ternampak buku Zero Hutang ni, tanpa berlengah lagi aku terus membeli buku ini di Syarikat Muda Osman atau lebih dikenali sebagai SMO Bookstores cawangan Tanah Merah, Kelantan. Oleh kerana aku selalu sangat mencari buku kat sini, baru-baru ni aku mendaftar sebagai ahli kerana ada diskaun untuk setiap pembelian buku.

IMG_20151009_151451022

 Siapa yang harus membaca buku ini?

  1. Sesiapa sahaja yang ingin melangsaikan hutang
  2. Lepasan IPT (aku termasuk kategori ni)
  3. Suami isteri
  4. Bekerja tetapi gaji tidak mencukupi
  5. senang kata untuk semua orang la

Kandungan

Isi kandungan buku ini terbahagi kepada empat bahagian besar iaitu Bahagian 1: Mengurus Simpanan, Bahagian 2: Motivasi Kewangan, Bahagian 3: Pengurusan Hutang, dan Bahagian 4: Strategi Kekayaan. Ada sesetengah tips aku dah mula mencuba dan sesetengah lagi belum berkesempatan.

Bahagian 1: Mengurus Simpanan

Pada Bahagian 1, penulis berkongsi tentang prinsip-prinsip yang penting dalam menyimpan wang, emas, langkah-langkah untuk menyimpan RM1 juta, orang berniaga pula antara mereka yang paling banyak menyimpan, langkah-langkah untuk menyelamatkan duit dengan menukar kepada simpanan emas dan juga sedikit info pelaburan.

Bahagian 2: Motivasi Kewangan

Pada Bahagian 2 pula, penulis menekankan kaitan antara duit dan rumah tangga, emas sebagai real property, persediaan kita untuk menghadapi kegawatan, di mana silapnya bila kita kaya atau sempit(miskin), kaya yang tidak berduit, perkongsian pengalaman penulis dalam mengeluarkan diri dari kesempitan, mana lebih baik antara kaya dan miskin, masalah modal kecil untuk membeli emas dan ruginya bila membeli kereta.

Bahagian 3: Pengurusan Hutang

Bahagian 3 menyentuh tentang taktik penipuan kad kredit, cara membeli rumah tanpa hutang, memberi hutang antara gagal/berjaya dan hutang bukanlah cara untuk membuat untung, perbezaan antara hutang berkat dan hutang mudarat, hutang antara perlu/mahu, melangsaikan hutang cara Nabi dan keseronokan hidup tanpa diselubungi hutang.

Bahagian 4: Strategi Kekayaan

Bahagian 4 menekankan beberapa strategi untuk menambah kekayaan seperti kerugian membeli rumah paling mampu, nasihat kepada siswazah baharu, perangkap masa untuk duit, persoalan bagaimana orang kaya menjadi kaya, kesilapan siswazah baharu membeli kereta, cara-cara menggandakan kekayaan dengan hutang dan juga dengan bersedekah, hidup di bawah kemampuan, jalan sebenar dalam mencapai kebebasan kewangan, dan tips-tips jimat dengan meminimumkan duit tunai dalam tangan.

IMG_20151009_153459293

Akhir Kata

Setelah membaca buku ini, sedikit sebanyak aku tersedar akan kesilapan biasa dalam menguruskan kewangan harian, dengan tips-tips yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini, aku berharap aku dapat keluar dari kemelut hutang  dan berwaspada dalam perbelanjaan dan juga dalam berhutang. Bagi mereka yang ingin mendapatkan buku ini boleh la pergi ke mana-mana bookstore berhampiran, hanya dengan harga RM15, agak berbaloi untuk ilmu dan pengalaman yang dikongsikan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s